SKUAD Harimau Malaya dijangka bakal menerima suntikan kekuatan baharu menerima pemain naturalisasi apabila dua bintang Liga Super, Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo dijangka akan menguatkan pasukan.
Hal ini kerana, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan bayangan dua pemain tersebut berkemungkinan akan menyertai skuad kebangsaan apabila mereka dinaturalisasikan.
Tunku Ismail berkata demikian selepas memberikan respons terhadap undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.