ISU gaji terus menghantui kelab-kelab Liga Super musim ini dengan kira-kira separuh daripada 13 pasukan bertanding berdepan masalah yang berulang saban tahun itu.
Masalah yang sering menjadi topik utama peminat bola sepak tanah air itu nampaknya belum menemui jalan penyelesaian apabila difahamkan ada drama baharu yang menghiasi kancah bola sepak tanah air.
Satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook oleh Penang Brotherhood baru-baru ini menarik perhatian penyokong tanah air.