KEDUDUKAN Badrul Afzan Razali sebagai pengendali Terengganu FC (TFC) semakin terancam apabila skuad bimbingannya itu tewas 1-2 kepada Imigresen FC dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati Piala FA di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad.
Penyerang import Brazilm Joao Pedro muncul wira tuan rumah, apabila menyempurnakan peluang pada minit ke-91, sekali gus memberikan bekalan berharga satu gol untuk dibawa ke aksi timbal balik di Kuala Terengganu, Terengganu pada 13 September depan.
Pasukan bimbingan Yusri Che Lah mendapat gol kedua hasil daripada jaringan Rafael Iserhard Holstein, manakala Yann Mabella pula memberikan gol tunggal buat Terengganu dalam perlawanan itu.





