PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools berpeluang untuk menjadi ‘mata-mata’ buat Peter Cklamovski menjelang aksi pertemuan Malaysia dan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada Jun kelak.
Hal ini kerana, Cools yang beraksi bersama Buriram United berpeluang untuk berdepan dengan salah seorang bintang baharu Vietnam iaitu Jason Pendant.
Kedua-duanya dijangka bertemu apabila Cools dan Buriram bakal berdepan Pendant bersama Cong An Hanoi dalam perlawanan akhir Piala Shopee pada Rabu.





