MUSIM baharu Liga Super semakin menghampiri kita semua dengan kelab-kelab sudah mula mendapatkan pemain baharu untuk menguatkan skuad sedia ada.
Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) antara kelab giat mendapatkan pemain baharu untuk memastikan cabaran mereka terus kuat dalam mencari kejuaraan.
Tetapi seperti adat dalam bola sepak, jika melakukan perpindahan masuk sudah pasti ada pemain yang keluar. Jika mereka mempunyai tuah, mereka akan menyertai kelab baharu.