PEMAIN skuad kebangsaan Indonesia, Rafael Struick kini tidak mempunyai kelab selepas dia dilepaskan oleh kelab Australia, Brisbane Roar.
Beraksi sebanyak 10 kali dalam saingan liga untuk kelab itu, Struick hanya menjaringkan satu gol memerlukan kelab baharu bagi musim depan.
Mempunyai 23 penampilan bersama skuad Garuda, sudah pasti pemain berusia 22 tahun itu menjadi tumpuan pelbagai kelab termasuklah di Malaysia.








