Sukan

Dilema melanda Selangor, Kinoshi kena pantas cari solusi jika enggan dimalukan JDT

PRESTASI Selangor FC sepanjang pramusim di Thailand sememangnya mengecewakan apabila mereka gagal menundukkan lawan dari divisyen teratas dengan keputusan baik hanya direkodkan ketika berdepan kelab bawahan.

Ini merupakan satu petanda buruk buat pasukan yang sepatutnya menampilkan persembahan terbaik selepas menamatkan Liga Super 2025/26 di tangga kedua, sekali gus melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two.

Lebih merisaukan lagi, skuad Gergasi Merah turut menampilkan aksi hambar ketika seri tanpa jaringan berdepan Asia Warriors FC pada Ahad lalu yang hanya dibarisi pemain yang sudah bersara.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh