AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika menyertai acara Ironman di Langkawi, Kedah.
Foto yang tersebar di media sosial menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengalami kemalangan ketika sedang melakukan disiplin berbasikal. Dalam foto tersebut, dia dilihat sedang dikeluarkan daripada runtuhan pokok oleh pegawai pertandingan.
Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Syed Saddiq atau pihak Ironman mengenai insiden tersebut.





