SELAIN memiliki lambakan pemain bertaraf dunia, barisan kejurulatihan Johor Darul Ta’zim (JDT) juga berada dalam kelas tersendiri, baik dari ketua jurulatih sehingga ke kakitangan bawahan.
Ini merupakan resipi utama di sebalik dominasi pasukan di peringkat domestik selain kebolehan yang semakin diakui setiap kali berentap dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.
Jadi, tidak hairanlah apabila setiap kali kakitangan mereka meninggalkan kelab itu, pasti terdapat pasukan lain di seluruh dunia yang berminat mendapatkan khidmat masing-masing.






