Sukan

Dianggap calon Ballon d’Or berbanding Rodri, fans Barcelona diam-diam ‘chant’ Vinicius Junior

PEMENANG Ballon d’Or lelaki akan diumumkan awal pagi Selasa (30 Oktober). Terdapat 30 calon pemain dalam senarai pendek tetapi dua daripadanya disebut dan menonjol sebagai pesaing utama untuk anugerah yang mengiktiraf pemain bola sepak terbaik di dunia sepanjang 2024.

Vinicius Junior dari Real Madrid musim lalu menyinar apabila membantu pasukan memenangi kejuaraan Sepanyol dan Liga Juara-Juara. Pemain Brazil itu terus menunjukkan prestasi dengan jaringan hatrik di Liga Juara-Juara ketika menewaskanb Borussia Dortmund 5-2 pada Rabu.

Selain Vinicius, pemain tengah Manchester City, Rodri yang memiliki kejayaan di kelabnya musim lalu dengan memenangi Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab dan Liga Perdana empat kali berturut-turut juga dilihat antara yang berpotensi muncul pemenang Ballon d’Or kali ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh