KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan Sabah FC terus kempunan memburu kemenangan pertama apabila mudah membelasah skuad Badak 8-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.
Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan mengukuhkan kedudukan di tangga teratas dengan mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan dan masih kebal dengan rekod tanpa kalah dalam saingan liga elit domestik.
Hatrik daripada Joao Figueiredo dan Bergson da Silva, selain Oscar Arribas dan Raul Parra yang masing-masing mencetak satu jaringan tunggal untuk memberi kemenangan besar kepada Harimau Selatan.






