PASUKAN Terengganu FC (TFC) akan mengurangkan pengambilan pemain import musim depan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kelab.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, khidmat pemain import skuad Penyu mungkin akan dikurangkan daripada sembilan kepada lima orang berikutan faktor kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan negeri ketika ini.
Hishamuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu berkata, perkara berkenaan akan dibincang lebih lanjut bersama barisan kejurulatihan bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada prestasi pasukan.
“Kita akan kurangkan beban untuk penjimatan. Kita jangka akan guna lima sahaja (pemain import)… bergantung kepada pandangan jurulatih dan bajet,” katanya ketika ditemui pada Program Exclusive Meet and Greet With World Championship FIM Mini GP 2023 di Litar Permotoran Gong Badak di Kuala Nerus, Terengganu.

Hishamuddin (kanan) mengatakan bahawa khidmat pemain import skuad Penyu mungkin akan dikurangkan pada musim depan. — Facebook/Hishamuddin
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





