JOHOR Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan ramai apabila selesa mendahului perlawanan pertama Piala Malaysia 2024 menentang Kuala Lumpur (KL) Rovers dengan kelebihan 3-0 meskipun tidak menurunkan pemain-pemain utama Harimau Selatan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu memperlihatkan empat pemain-pemain muda Harimau Selatan diberikan ruang untuk beraksi.
Pengendali JDT, memberi ruang buat penjaga gol kacukan Sepanyol-Malaysia, Christian Abad Amat untuk melakukan debut rasmi bersama Harimau Selatan.