Sukan

Debaran memuncak, PSM Makassar kelab pertama muncul semifinalis Piala Shopee jika malukan TFC

PSM Makassar dijangka tampil sebagai kelab pertama melayakkan diri ke separuh akhir Piala Shopee 2024 pada Rabu apabila skuad Bernardo Tavares berkunjung ke Malaysia untuk bertemu Terengganu FC dalam saingan Kumpulan A.

Kemenangan untuk pasukan Indonesia itu akan memaksa dua kelab – Dong A Thanh Hoa FC dari Vietnam dan BG Pathum United FC dari Thailand – memburu mata penuh dalam perlawanan masing-masing untuk menafikan kemaraan PSM ke empat slot terakhir.

PSM mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan setakat ini, membolehkan anak buah Tavares mendahului dua mata mengatasi Dong A Thanh Hoa dan BG Pathum United, dengan baki dua perlawanan peringkat kumpulan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh