REKOD 43 tahun acara lompat tinggi bagi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) akhirnya berhasil dileburkan oleh atlet dari kontinjen Petaling Perdana, Aniq Hakeem Mohd Azmi.
Lompatan setinggi 1.62 meter (m) dilakukannya dalam acara itu di Padang Sultan Suleiman dekat Klang, Selangor
membolehkan Aniq Hakeem menamatkan saingan dengan berada di tempat pertama dan meninggalkan atlet Kuala Langat, Muhammad Qalish Rayqal Fairuz Izwan yang melakukan lompatan 1.60m.





