BEKAS isteri pemain lincah Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril meluahkan rasa syukur selepas urusan perceraian mereka selesai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada Jumaat.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Nur Syazwani memohon doa orang ramai agar kehidupannya bersama anak lelaki mereka dipermudahkan selepas melalui fasa sukar rumah tangga.
Namun apa yang menarik perhatian warganet ialah tanda pagar yang ditinggalkan Nur Syazwani, seolah-olah memberi bayangan wujud pihak ketiga ketika mereka masih bergelar suami isteri.





