Sukan

Clayton puas bantu Perak pecah rekod JDT, YCL harap pemain KDN tak putus asa

TIGA mata bermakna diraih Perak FC selepas mereka mudah membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) FC dengan keputusan 7-0 dalam aksi di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad lalu.

Keputusan itu juga membawa makna berbeza buat kelab Utara tanah air tersebut kerana ia merupakan kemenangan terbesar bagi saingan Liga Super musim ini secara keseluruhan.

Ini termasuk rekod jaringan diraih pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kemenangan terbesar mereka setakat ini adalah ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC dengan keputusan 6-0.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh