BERBAKI kira-kira tiga minggu aksi pertama pusingan terakhir Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, skuad Harimau Malaya tampak masih ‘misteri’ terutamanya membabitkan perkembangan pemain baharu yang bakal memperkuat skuad kebangsaan.
Sehingga ke hari ini, masih tiada lagi sebarang kemas kini mengenai status pemain berdarah kacukan baharu yang sebelum ini dikatakan sedang dalam proses untuk ‘di Malaysiakan’ sekali gus berpotensi diturunkan untuk aksi menentang Nepal, 25 Mac ini.
Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai kesediaan pemain baharu ini untuk menyesuaikan diri dan mencipta persefahaman dalam skuad kebangsaan terutamanya dengan masa singkat yang ada sebelum aksi terbabit.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






