TEKA teki berkenaan status stadium Selangor telah dijawab oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon dalam satu podcast Rakan Muda di Youtube pada Selasa.
Sebelum ini, rata-rata peminat Liga Malaysia sering meratib tentang ketiadaan stadium pasukan Selangor yang kini menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai ‘home ground’ selepas Stadium Shah Alam bakal dinaik taraf menjadi Kompleks Sukan Shah Alam.
Malah ada yang menyindir Selangor hanya menumpang di Stadium MBPJ kerana tidak lagi beraksi di Stadium Shah Alam.





