Sukan

CEO Sang Kenari sah letak jawatan, fans resah siapa bakal duduk kerusi ‘panas’

KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC dikejutkan dengan perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Khamal Idris Ali pada Khamis.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Khamal mengundurkan diri selepas empat tahu mengemudi pengurusan Sang Kenari dengan pengganti masih belum dapat dipastikan.

“Lembaga Pengarah Kedah Darulaman Football Club (KDA FC) pada Khamis mengumumkan, Encik Khamal Idris Haji Ali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan beliau setelah 4 tahun menabur bakti,” kata Kedah dalam kenyataan rasmi mereka.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.