PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Harimau Malaya pada pagi Selasa.
Perkara itu dikongsikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) pada awal pagi Selasa.
“CEO pasukan kebangsaan akan diumumkan pagi ini (Selasa) oleh FAM,” titah baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT).