Sukan

‘Cabaran di tangan Hector Bidoglio serlahkan potensi Castillejo’

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus menunjukkan ‘nafsu besar’ mereka dalam memburu kejayaan apabila menyambar bekas bintang La Liga dan Serie A, Samu Castillejo. 

Pemain berusia 30 tahun itu diperkenalkan melalui sebuah hantaran video di laman Facebook JOHOR Southern Tigers yang menyaksikan Castillejo tiba di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor dan menyarung jersi pasukan Harimau Selatan.

Untuk rekod, Castillejo pernah beraksi bersama beberapa kelab terkemuka Eropah seperti AC Milan, Villarreal, Valencia dan Malaga yang membuktikan pengalamannya di pentas tertinggi bola sepak.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.