Sukan

Bumbung Axiata bocor lagi, Naraoka terpaksa ‘ambil nafas’ sebelum menang ke atas Popov

KEJADIAN malang berulang di Axiata Arena, Kuala Lumpur apabila bumbung venu itu bocor sekali lagi, mengakibatkan gangguan berlaku sebelum perlawanan antara pemain badminton Jepun, Kodai Naraoka dan lawannya, Christo Popov dari Perancis.

Perlawanan yang berlangsung dalam Terbuka Malaysia pada Rabu itu terpaksa dilewatkan beberapa minit apabila dikesan terdapat air menitis turun ke gelanggang dua hingga menyukarkan keadaan untuk memulakan aksi.

“Perlawanan di gelanggang dua dihentikan sementara disebabkan air masih lagi menitis di gelanggang dua,” kata penyokong badminton tanah air, Ah Boy Badminton Main Page pada Rabu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.