Sukan

‘Buktikan disiplin luar biasa’, bintang Selangor FC ketepikan pemain JDT ungguli statistik rekod bersih bersama Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya menunaikan impian Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski untuk menutup 2025 dengan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Nepal 1-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam perlawanan itu, kapten Selangor FC, Faisal Halim yang masuk menggantikan Arif Aiman Hanapi muncul wira Harimau Malaya apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi memastikan tiga mata kekal di gelanggang keramat skuad kebangsaan.

Gol kemenangan itu hadir selepas beberapa percubaan skuad kebangsaan gagal menembusi benteng pertahanan Nepal, namun jaringan tunggal tersebut sudah memadai untuk mengekalkan rekod bersih Malaysia.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.