Sukan

Bukan tugas mudah bertemu The Cats, P Maniam akui kualiti Filemon Anyie, bekas winger Pahang

KETUA jurulatih PDRM FC, P. Maniam sedar kekuatan yang ada pada pasukan Kuching City FC ketika ini sambil menjangkakan pertembungan sukar untuk mereka meraih tiga mata dalam aksi Liga Super, Jumaat ini, lapor MFL.

Kali terakhir PDRM menghadapi perlawanan adalah pada 23 Jun lalu yang menyaksikan mereka tewas kepada Kelantan Darul Naim FC dan kini kembali untuk bangkit dalam pertarungan seterusnya berdepan anak-anak buah Aidil Sharin Sahak.

Maniam mengakui lawannya itu semakin agresif terutamanya selepas perlawanan yang cukup getir antara Kuching City dan Selangor FC dalam aksi suku akhir kedua Piala FA pada Sabtu lalu dan membuktikan kemampuan pasukan itu untuk mencipta kejutan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.