Sukan

Bukan TMJ, hanya Joehari Ayub dalam senarai awal layak bertanding Presiden FAM, nama 2 legenda juga ‘melekat’

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya satu nama yang bakal bertanding jawatan presiden apabila badan induk itu mengadakan kongresnya pada 15 Februari.

Dalam kenyataan mereka pada Jumaat, FAM sahkan Datuk Joehari Ayub sebagai calon tunggal untuk jawatan presiden menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin.

Difahamkan, desas-desus mengaitkan kepulangan semula Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke Wisma FAM tidak menjadi nyata. Hal ini kerana, Tunku Ismail hanya menjalin kerjasama dengan FAM dalam revolusi Harimau Malaya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh