Sukan

Bukan setakat Krismas, Fandi Ahmad ada sebab keluarkan pengantin baharu ‘Hatrik Hidalgo’ lebih awal

PENYERANG sayap Sri Pahang, Manuel Hidalgo memberi prestasi cemerlang menjelang Krismas dan perkahwinannya dengan menjaringkan tiga gol ketika pasukannya seri 3-3 menentang Perak FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Temerloh, Temerloh, Pahang pada Ahad.

Keputusan seri berkenaan membawa Tok Gajah ke separuh akhir dengan keputusan agregat 4-3 apabila pada aksi pertama sebelum ini meraih kemenangan 1-0 di Perak.

Pemain kelahiran Argentina itu mendapat gol pertamanya seawal minit kelima dengan jaringan solo sensasi, apabila dia menggelecek dua pemain pertahanan di garisan tepi, sebelum menewaskan penjaga gol Perak, Haziq Nadzli.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%