DOMINASI Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam arena bola sepak tanah air bukan sahaja dapat disaksikan di atas padang, malah kegemilangannya juga boleh dirasai dari segi penjenamaan pasukan.
Ini kerana sekiranya hendak dibandingkan dengan kelab-kelab tempatan yang lain, pasukan Selatan tanah air itu jauh meninggalkan mereka dari segi nilai domestik.
Segala kejayaan itu boleh dikatakan hasil daripada perancangan teliti pemilik, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana kesungguhannya menaikkan kelab tersebut sukar diperlekehkan.







