SRI Pahang FC sekadar merekodkan keputusan seri 1-1 menentang Selangor FC dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Temerloh, Temerloh, Pahang pada Sabtu.
Dalam perlawanan itu, Sean Selvaraj meletakkan Tok Gajah di depan pada minit ke-27 tetapi kesilapan Zarif Irfan Hashimuddin, yang terlepas bola tandukan Nikola Jambor, menyaksikan tuan rumah terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1.
Ada yang melihat faktor kecederaan penjaga gol Sri Pahang itu menjadi punca gawangnya dibolosi namun dakwaan itu dinafikan Zarif Irfan dan beranggapan tersalah agakan susulan keadaan padang berlopak menjadi faktor Tok Gajah dibolosi.






