BEKAS pengendali Selangor FC, Ramon Marcote Pequeno menepis dakwaan penyokong bola sepak tempatan yang mengatakan dia tidak menyambung kontrak bersama Gergasi Merah kerana insiden yang terkait di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Jun 2023.
“Ia mudah, kerana saya hanya menandatangani satu tahun kontrak bersama Selangor, dan ia tamat begitu sahaja,” katanya sambil menegaskan, penamatan kontraknya tiada kena mengena dengan insiden di kandang Harimau Selatan itu.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada Selangor berhubung isu penolong jurulatih pasukan itu yang dipukul ketika aksi separuh akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jun 2023.