ISU pengadilan dalam pertandingan bola sepak terutamanya Liga Malaysia (Liga M) sering menjadi perbincangan hangat kerana keputusan pengadil memberi impak besar terhadap hasil perlawanan.
Tiga faktor utama yang menyebabkan kontroversi termasuklah keputusan kontroversi seperti gol tidak sah atau kad merah yang diragui, tindakan pengadil yang dianggap tidak konsisten atau lemah, serta penggunaan teknologi seperti video bantuan pengadil (VAR) yang mencetuskan perdebatan.
Baru-baru ini, isu pengadilan sekali lagi menghangatkan saingan Liga M apabila keputusan pengadil dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2024 antara Sabah FC dan Sri Pahang FC dianggap berat sebelah.








