BENTENG terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berwajah baharu apabila Harimau Selatan baru sahaja mengumumkan penjaga gol baharu iaitu Christian Abad Amat sebagai rekrut terkini mereka untuk pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M).
Kehadiran Christian Abad bagaimanapun memberi kejutan besar kepada penyokong Harimau Selatan susulan sebelum ini JDT dikaitkan akan membawa masuk penjaga gol warisan iaitu Diego Altube.
Penyokong rata-ratanya sudah membayangkan Altube juga akan beraksi untuk skuad kebangsaan juga apabila pemain yang mempunyai darah Malaysia dari ibunya itu difahamkan sudah menyelesaikan proses mendapatkan kerakyatan tanah air.





