SEPERTI sirih pulang ke gagang, Kedah Darul Aman FC bersatu semula dengan penyerang kebangsaan iaitu Syafiq Ahmad.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Syafiq kembali menyertai Sang Kenari untuk kali ketiga ke Stadium Darul Aman selepas pernah bersama mereka pada musim 2022.
Syafiq menyertai Kedah selama pinjaman semusim dari kelab asalnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).