KEDAH Darul Aman (KDA) FC menyatakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga A1 Semi Pro musim depan berikutan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk tidak memberikan lesen kebangsaan kepada kelab tersebut.
Dalam satu kenyataan dikongsikan di laman Facebook, pasukan berkenaan menyatakan langkah tersebut diambil sebagai cara membangunkan pasukan yang lebih stabil, tersusun dan telus.
“KDA FC ingin memaklumkan bahawa kelab kini sedang dalam proses menyertai dan akan mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro. Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kelab untuk memastikan kelangsungan dan daya saingan KDA FC dalam arena bola sepak negara,” tulisnya.







