KEDAH Darul Aman (KDA FC) menunjukkan peningkatan positif dalam saingan liga domestik apabila berjaya membuat kejutan dengan meraih keputusan seri 3-3 ketika aksi bertemu PDRM FC di pentas separuh akhir Piala Cabaran MFL pada Sabtu.
Peningkatan itu seolah-olah memberi peluang kepada KDA FC untuk terus bernafas dalam menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor itu, Kedah berjaya mencipta kebangkitan seketika di separuh masa kedua walaupun sebelum itu mereka ketinggalan 0-2 di tangan lawan pada babak pertama perlawanan.








