KANTUNG kewangan Kedah Darul Aman (KDA) FC dijangka semakin stabil apabila sudah menandatangani beberapa pemain tempatan dan seorang bintang import dari Uzbekistan, Sukhrob Nurullaev.
Empat pemain tempatan yang sudah dibawa masuk pasukan Hijau Kuning ialah Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin Ramli bagi memperkukuhkan benteng pertahanan serta penyerang pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad.
Apa yang menarik mengenai kemasukan Nurullaev ialah Kedah difahamkan sanggup membayar kelab Uzbekistan, Nasaf Qarshi sebanyak 100,000 euro (RM513,104) untuk menebus kontrak pemain berusia 26 tahun itu.







