Sukan

Bukan laluan Selangor saja berliku, Harimau Selatan juga perlu waspada ‘jerat’ kelab Singapura

DUA pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC bakal menggalas cabaran negara dalam Piala Shopee 2025 anjuran Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), selain turut bersaing di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Kejohanan yang memasuki edisi kedua itu mula mendapat perhatian selepas saingan kompetitif ditampilkan pada musim 2024/25, sekali gus membuktikan potensi besar kejohanan ini walaupun hanya melibatkan kelab-kelab dari Asia Tenggara.

Berdasarkan undian rasmi yang diumumkan pada Jumaat, Selangor FC berdepan cabaran getir dalam Kumpulan A apabila diundi bersama dua finalis musim lalu, Cong An Ha Noi (CAHN) FC dan Buriram United, selain BG Pathum United dari Thailand, Tampines Rovers (Singapura), serta pemenang playoff antara DH Cebu FC dan Kasuka FC.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%