MANCHESTER United dilaporkan sedang berbincang dengan jurulatih Portugal, Ruben Amorim untuk menjadi pengendali The Red Devils yang seterusnya selepas memecat Erik ten Hag pada Isnin berikutan permulaan buruk musim ini.
Kemarahan penyokong terhadap Ten Hag semakin terserlah apabila United kini hanya menduduki tangga ke-14 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mereka mengalami kekalahan keempat dalam sembilan perlawanan liga ketika menentang West Ham United pada Ahad.
Walaupun banyak membawa masuk beberapa pemain dalam jendela perpindahan sebelum musim ini namun salah satu kelab terkaya dunia itu hanya memenangi satu daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






