STADIUM Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan bakal menjadi gelanggang bagi tiga pasukan tempatan beraksi di pentas liga musim ini, iaitu Kelantan The Red Warriors, Wan Tendong Stable dan Kelantan United.
Kehadiran ketiga-tiga pasukan itu bukan semata-mata untuk mengejar kejayaan piala, tetapi lebih kepada memastikan bakat-bakat muda kelahiran Kelantan tidak terbiar dan mendapat peluang yang sepatutnya.
Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah bola sepak, Kelantan tidak mahu melihat anak-anak jati negeri itu tercicir dalam perkembangan sukan bola sepak tempatan.