SELEPAS lima minggu perlawanan berlangsung, saingan Piala Belia menyaksikan Selangor FC selesa di tangga teratas dengan kelebihan tiga mata dimiliki berbanding pencabar terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT) IV.
Bagaimanapun, pasukan Selatan tanah air itu berpeluang memintas ke kedudukan teratas sekiranya meraih tiga mata penuh dalam perlawanan akan datang memandangkan mereka kini kurang beraksi berbanding skuad Gergasi Merah.
Namun, apa yang menarik mengenai pertembungan akan datang buat JDT IV adalah kerana aksi akan datang menyaksikan mereka akan berdepan pasukan ‘adik’ iaitu JDT V pada Selasa.







