Sukan

‘Bukan eksperimen semata’, skuad Jang pertahan keputusan ‘friendly’ jumpa negara Asean

KELAB Negeri Sembilan FC (NSFC) dilihat enggan mensia-siakan ‘waktu rehat’ Liga Super apabila mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 menentang pasukan kebangsaan Timor Leste pada Ahad ini.

Aksi yang dijadual berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan itu dilihat menjadi antara langkah proaktif skuad kendalian Mohd Nidzam Jamil bagi memastikan pasukan tidak hilang momentum sepanjang tempoh rehat saingan liga.

Menurut pentadbir laman Facebook rasmi Negeri Sembilan Football Club, tujuan utama perlawanan persahabatan bagi memastikan pemain kekal dalam keadaan bersedia dan memperoleh minit permainan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh