Sukan

Bonnie pecah rekod dunia dalam kesakitan, mahu pulihkan bahu untuk fokus Olimpik Paris 2024

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus mencipta sensasi dengan memecah rekod dunia miliknnya sendiri bagi kategori lelaki atas 72 kilogram (kg) dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.

Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini iaitu 230kg ketika saingan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 pada Jun 2021.

Catatan dilakukan atlet kelahiran Sarawak itu jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari Itali, Donato Telesca yang merangkul perak dengan angkatan 202kg.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.