PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa beberapa individu dalam kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menjalankan tugas dengan baik menyebabkan sukan tersebut tidak maju di negara ini.
Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor turut membandingkan industri bola sepak Indonesia lebih maju berbanding dalam negara.
Baginda yang mesra dengan panggilan TMJ berkata demikian di laman X miliknya ketika menjawab satu hantaran @OnefootballM yang turut menamakan beberapa kepimpinan tertinggi dalam FAM.





