Sukan

Bintang muda Sarawak ungguli JIGS, curi slot ke Asia

KEJOHANAN Golf Jemputan Junior RSGC–SportExcel ke-10 2025 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan detik manis buat seorang bintang muda dari Sarawak yang berjaya muncul juara keseluruhan bagi kategori lelaki umur 16 hingga 18 tahun. 

Pemain remaja berbakat, Joshua Lim Xhi Xing berjaya menewaskan 49 peserta lelaki dari seluruh negara dalam saingan yang berlangsung sengit selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Mei di Royal Selangor Golf Club (RSGC), Kuala Lumpur.

Kejayaan itu bukan sahaja membuktikan kebolehannya dalam arena golf junior tanah air, malah menjadi bukti kepada potensi besar pemain muda dari Bumi Kenyalang untuk bersinar di pentas lebih tinggi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh