PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran berbaur ‘sindiran’ yang dipercayai ditujukan kepada penyokong seteru tradisi mereka, Manchester United.
Sindiran tersebut hadir susulan kekalahan Manchester United kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Liga Europa UEFA (UEL) yang berlangsung di Stadium San Mames, Bilbao pada awal pagi Khamis.
Dalam aksi itu, Spurs meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Brennan Johnson pada separuh masa pertama sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan mereka selama 17 tahun.






