SKUAD Harimau Malaya dijangka ‘tempang’ ketika turun beraksi menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei pada baki perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jun.
Hal ini disebabkan Malaysia kehilangan dua pemain sayap lincah iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim disebabkan kecederaan dihadapi mereka akibat disamun dan disimbah asid.
Akhyar mungkin boleh kembali, tapi Faisal pasti tidak dapat dipanggil oleh Kim Pan-gon untuk dua aksi penting tersebut.