Sukan

Bintang futsal negara tinggalkan Selangor selepas 6 tahun, JDT disebut-sebut destinasi baharu

SELANGOR FC berputih mata untuk membawa pulang kejuaraan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim ini apabila berada enam mata di belakang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Meskipun beraksi dengan cemerlang, kekurangan masih dapat disaksikan dalam skuad bimbingan Edgar Baldasso itu, sekali gus memaksa kelab tersebut untuk membuat rombakan sebelum kempen Piala Malaysia Futsal bermula.

Namun, di sebalik harapan membawa masuk muka-muka baharu, skuad Gergasi Merah menerima tamparan hebat selepas kehilangan khidmat tonggak pasukan, Syed Aizad Daniel Syed Nasir.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.