SELANGOR FC berputih mata untuk membawa pulang kejuaraan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) musim ini apabila berada enam mata di belakang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Meskipun beraksi dengan cemerlang, kekurangan masih dapat disaksikan dalam skuad bimbingan Edgar Baldasso itu, sekali gus memaksa kelab tersebut untuk membuat rombakan sebelum kempen Piala Malaysia Futsal bermula.
Namun, di sebalik harapan membawa masuk muka-muka baharu, skuad Gergasi Merah menerima tamparan hebat selepas kehilangan khidmat tonggak pasukan, Syed Aizad Daniel Syed Nasir.