TONGGAK Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi masih meletakkan dirinya dalam buku sejarah bola sepak Asia meskipun tidak dinobatkan Pemain Terbaik AFC 2025.
Anugerah tersebut menjadi milik penyerang sayap Arab Saudi, Salem Al-Dawsari selepas membantu kelabnya, Al-Hilal melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite tahun lalu.
Pencapaian itu sememangnya menyekat peluang Arif Aiman untuk muncul Pemain Terbaik AFC tahun ini, namun ia tidak menutup kisahnya sebagai antara bintang paling menyinar di Asia Tenggara.






