PEMAIN Albirex Niigata (S) dari Jepun, Shingo Nakano membuat keputusan untuk meniggalkan kelab itu sebaik saja musim bola sepak di Singapura tamat.
Penyerang Jepun berusia 20 tahun itu menyerlah pada musim ini apabila mencatatkan 24 gol dalam 28 perlawanan liga dan bersedia untuk meninggalkan bola sepak Singapura untuk ke liga lain.
“Saya tidak pasti mengenainya, tapi jika saya boleh maju, saya ingin ke negara lain. Mungkin di Asia sama ada Malaysia, Thailand atau Jepun. Selepas itu boleh cuba ke Eropah pula,” ujar Nakano







